Live Tutorial Ekelas Maxis 2018 Pi Yan Kechil
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniTarikh : 20 & 21 JULAI 2018 (JUMAAT & SABTU)
Tempat : BILIK LATIHAN PI YAN KECHIL
Pada 20 dan 21 Julai 2018 telah berlangsungnya Tutorial Secara Langsung untuk eKelas 2018 yang mana kelas berikut dikhususkan untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas akan memperkenalkan cara pembelajaran terbaharu yang akan melibatkan kerja berkumpulan dan aktiviti-aktiviti menarik, melalui penggal pembelajaran eKelas yang terbahagi kepada 3 penggal iaitu:
- Penggal Pertama (19 Jan – 11 Mac)
- Penggal Kedua (30 Mac – 13 Mei)
- Penggal Ketiga (29 Jun- 12 Ogos) (Sekarang)
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Yan Kechil, selama 9 jam bermula dari 3.00 petang (jumaat) dan 11 pagi hingga 6 petang (sabtu) ini dihadiri oleh lebih daripada 40 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Peserta berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara matapelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Tingkatan 1,2,dan 3. Berikut adalah senarai nama peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: